Sesuatu telah menyedarkan diriku bahawa apa yg ku fikirkan tidak sama dengan keadaan realitinya . Mungkin ianya sesuatu yg mengecewakan & menyedihkan tetapi itulah hakikatnya . Aku tidak mampu mengubah sesuatu hanya kerana aku yg inginkannya & aku juga sudah fahami di atas dunia ini tidak semua bende kte akan dapat daripadaNYA . Namun ini semua pasti ada hikmah disebaliknya & aku yakin tentang itu . Mungkin sekarang aku belum dapat melihat apa disebalik semua itu , tapi aku yakin sesuatu yg telah ditentukan oleh ALLAH pasti ada sebab yg tertentu . Mungkin di dalam situasi diriku ini , ALLAH sedang menguji kesabaranku & ALLAH mungkin ingin menunjukkan kepadaku bahawa tidak semestinya apa yg kte rasa & apa yg kte fikirkan itu adalah sesuatu yg benar . Oleh sebab itu lah , orang pernah kate "hidup dekat dunia nie bukan sume milik kte , kadang2 kte terpaksa berkongsi walaupun itu bukan satu kehendak kte sebab mungkin itu tidak baek kepada kte tapi ia sesuatu yg mampu membawa kebaikan & kebahagian kepada orang laen . "
Jadi aku tidak boleh terlalu mementingkan diriku sendiri tanpa memikirkan perasaan orang laen . Aku perlu sedar yg kte tidak boleh memiliki sesuatu dgn sepenuhnya , tapi sebaliknya kte hanya mampu merasa kehadirannya . Mungkin hakikat ini sume adalah sesuatu yg amat menyakitkan & menyedihkan bagi diriku namun jika ini sesuatu yg mampu & dapat membahagiakan insan laen , aku redha dgn ketentuanNYA . Cukuplah sekadar hanya mampu merasa tapi tidak mampu memilikinya walaupun semahunya aku amat menginginkannya menjadi milikku sepenuhnya~
~Aku mengangap ini adalah satu ujian daripada Maha Esa kepada diriku agar aku lebih tabah & sabar pada hari-hari yg mendatang~Cuma satu pinta & mohonku kepadaMU Ya ALLAH , biar pun aku hanya mampu merasa & tidak mampu memilikinya tetapi aku mohon agar jangan pernah kau pisahkan akU & dirinya kerana sesungguhnya dyE telah menjadi sebahagian dari diriku ini~AMIN~